Teman….

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


Ibu


1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.




Lawak utk difikirkan
kalau anda
fikir anda masih islam...bacalah
Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah...kalau
tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca ini....
kalau lebih dua minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata dan membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman
mulakan sembahyang Jumaat".
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah.... Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas.
selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh..
tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat, tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang berunsur agama
Lawak kan? Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi
yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni
akan sampaikan kat orang lain...
berapa banyak?
wallahuaallam
sebarkan...





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



assalamualaikum,dan salam pengakap......

kawan2 klik links di bawah tuk dapatkan gambar ramai-ramai....gmbr lain akan datang,tima kasih..

size gambar ni besar (A4),jadi ambik mase tuk download....sabar ek



apabila semuanya tidak menjadi!!!,atau menjadi seperti tidak diharapkan......penat lebih terasa,sakitnya lebih perit,deritanya lebih dahsyat,keluhannya panjang berjela.

kita merancang dengan sedaya upaya yang mampu,pun begitu apa yang dirancang kadang-kadang tidak menjadi dan lebih memilukan menjadi perkara yang tak diinginkan lansung,tak terbayang lansung dan kita pula tak bersedia lansung untuk menghadapinya lantaran hebatnya rancangan yang di rencana pada fikiran kita,lebih teruk dari sebelum nya,lebih hancur dari asalnya.......kecewa sangat,sedih sangat,pilu sangat,hampa sangat.....keluhan pun terbit tanpa henti.

adapun begitu,bila diri ini sendirian,beruzlah dalam sepi yang diam mati......keinsafan mula menitip di jiwa,di sanubari,sedar diri!!!,ya...sedar diri!!!

siapa aku,siapa kita...yang boleh menentukan hasil dari usaha,boleh pastikan semuanya ikut rencana,semuanya nyata seperti yang diangankan,semuanya terzahir seperti diimpikan,jangan sombong dengan usaha keras,pengorbanan yang hampir mengorbankan....itu semua bukan jaminan pun!!!,

aku,kita....hanya lah hamba,yang kerjanya berusaha,mencuba....dan kemudiannya terus berserah bulat.

biarlah kecewa,biarlah sedih.....tapi jangan sampai kita lupa kita telah BERUSAHA, kita telah pun MENCUBA,kita telah pun BERKORBAN.......berusaha,mencuba,berkorban itu pun satu KEJAYAAN!!!

biarlah kecewa,biar lah bersedih.....tapi jangan sampai kita lupa untuk BERPERASANGKA BAIK pada Dia,ada rahsianya,ada muslihatnya hasil usaha kita ditangguhkan seketika.

Hamba hanya BERUSAHA!!!,Tuan nya akan menentukan GANJARANNYA.

berhasil atau tidak bukan kerja kita,kerja tuan kita,kerja pencipta kita yang Maha Bijaksana,kerja tuhan,kerja ALLAH....biarlah Dia yang tentukan.

"KITA HANYA HAMBA SEPENUH MASA!!!!"



PEMAIN Kedah bersorak bersama-sama Piala FA selepas menjuarai kejohanan berkenaan di Stadium Shah Alam, malam tadi./Tahniah utk pemain kedah,hampa memang power walaupun muda-muda....aku tengok kat tv saja dari bumi SELANGOR.....



"Ya Allah

Bantulah Kami Agar Sentiasa....
MengingatiMu,
MensyukuriMu
dan Sentiasa....
Memperelokkan Ibadah
Kami
Untuk Mu.....

amin ya robbi"





"tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikkan,nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara""bermusuh dengan orang lain sama seperti bermusuh dengan diri sendiri,memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri""dendam itu dosa,memaafkan menjemput datangnya "SYURGA"siapa kita yang begitu sukar memaafkan?Tuan?Tuhan?...kita hanya hamba



Memilih teman sama ertinya dengan memilih masa depan.

Memilih teman,sama ertinya dengan memilih perilaku.

Memilih teman,sama ertinya memilih dengan memilih kualiti ilmu.


Maka,siapapun yang ingin masa depannya cerah,perilakunya menawan hati,serta luas ilmu dan wawasannya,maka ia harus sangat pandai memilih teman.Kita akan sukar berkembang bila sehari-hari kita bergaul dengan orang-orang malas.Kita pun akan sukar meraih kemuliaan akhlak,bila sehari-hari kita bergaul dengan orang yang buruk akhlaknya.


Maka,tinggi rendahnya kualiti seorang manusia sangat dipengaruhi oleh kualiti orang yang menjadi temannya.


Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:"seseorang itu adalah menurut agama sahabatnya,Kerana itu,adalah baiknya seseorang dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya"





"Engkau lah anugerah tuhan,yang tak ternilai,kan kusyukuri anugerah ini sampai penghujung usia,terima kasih kerana sudi menjadi teman,terima kasih kerana sering mendamaikan,terima kasih kerana acapkali membahagiakan"


"Ya Allah berkatilah kehidupan kami ini,permudahkan kami untuk untuk kebahagian,bantulah kami agar sentiasa mengingatiMu"


"islah&yuzinani (since 22 may 2003)"



sobahalkhair(selamat pagi),aku nak cerita la pasai cikgu,sebabnya cikgu memang banyak jasanya pada aku,hampa bahkan pada dunia dan isi nya!!

kemarin bila blk dari kerja aku terus gi kedai surat habaq,baca surat habaq untuk aku ni cam makan nasi,hari2 mesti mau makan ma,tekezut aku bila baca perihal cikgu.CIKGU TIDUR KAT LOKAP,mulanya aku tangkap relex la,maklum la zaman sekarang ni jangan kata cikgu,ustad pun ada perangai cam iblis,mungkin cikgu tu cabul anak murid,merompak,sepak anak murid,terajang guru besaq sampai koma,macam2 la yang duk terlintas lam kepala aku ni

tapi bila baca cerita tu.aku tekezut tuk kali kedua,CIKGU TIDO LOKAP hanya sebab gertak anak murid "ko buat lagi cikgu londehkan seluar",.......patut ka macam tu,jawapannya memang tak patut la,memang melampau la,memang kurang ajaq la......

dengar cerita mak bapak budak yang kena gertak tu guna pengaruh orng besar tuk kena kan CIKGU tu,

gambaran dari cerita diatas,"negara kita masih lagi tenat ng rasuah salah guna kuasa,macam org berkuasa tak sekolah dulu2 sampai tak leh faham benda yang remeh temeh,yang naya orng kecik cam kita,mana otak mak bapak budak tu,mana maruah polis yang kuarkan arahan tu....nape senang sangat pihak berkuasa dikuasai oleh org besar yang sebenarnya BESAQ bodohnya nye saja,otak kecik tak leh pikiaq!!!

nanti aku sambung,


Assalamualaikum,salam sejahtera......
Selamat melayari blog aku ni.....aku saja buat blog ni untuk kongsi apa2 ng hampa semua...
insyallah aku kan masukkan tip untuk Photoshop,Photograper kat sini,dan juga gambaq2 yang aku ambik sendiri....

selamat berkenalan