MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

Gambar di peha...


"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

BERITA PENUH KOSMO ONLINE


Salam AidilFitri & Maaf Zahir Batin,

Kepada Semua Keluarga (Selangor&Kedah),dan juga kawan2 diseluruh tanah air...

Islah,Nani,Nuha,Jibril




13 Jun 2009.Tokoh Ilmuan,Ulama terkenal dunia islam. Beliau adalah Dr Fathi Yakan yang popular dengan buku beliau "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).Buku tersebut telah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa.Kini beliau telah kembali kerahmatullah.....

(Petikan Dari UTUSAN MALAYSIA)

PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu.

Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.

Dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1933, Allahyarham banyak memberikan corak baru perjuangan gerakan-gerakan dakwah dan politik Islam yang dapat diterima oleh pelbagai pihak di samping seorang ahli cendekiawan atau ahli akademik muslim yang ternama.

Sejak tahun 1959 lagi beliau mengasaskan gerakan politik di Lebanon sehingga beliau mendapat gelaran Bapa Gerakan Islam Lebanon. Malah, sehingga ke akhir hayatnya, beliau masih menganggotai parlimen di negara asalnya itu.

Dr. Fathy banyak menghasilkan penulisan mengenai aliran politik dari yang moden sehinggalah yang berbentuk ekstremis. Judul yang mendapat sambutan dunia sehingga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa adalah Priorities of Islamic Movements after September 11.

Allahyarhamlah yang paling kerap terpanggil ke serata pelosok tempat untuk menjawab segala tuduhan terhadap Islam sebagai agama keganasan akibat tragedi yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada tahun 2001 itu.

Dr. Fathy merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Gamaah (Jemaah) Islamiah pada tahun 1960-an dan komitednya beliau dalam pertubuhan itu sehingga pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.

Selepas bersara, beliau menumpukan tugas sebagai Anggota Parlimen berikutan kemenangan dalam pilihan raya.

Pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar kerana jarang kedapatan mana-mana tokoh yang sanggup menghabiskan seluruh hidupnya, fizikal, jiwa dan rohani dengan tertumpu kepada perjuangan Islam.

Allahyarham terkenal kerana menggesa kepada satu gerakan Islam yang moden dengan pemikiran dan aliran yang toleransi terutama kepada golongan yang muda.

Walau dalam keadaan yang uzur, beliau sering berasa bimbang dengan golongan muda yang baginya mudah terpengaruh kepada pelbagai unsur. Adalah penting baginya untuk membentuk golongan ini kepada yang lebih positif namun mencapai kejayaan dalam gerakan yang mereka sertai.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tinal dan dikebumikan di pusara milik keluarganya di Bab Al Raml. Upacara pengkebumian tokoh Islam ini dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam dari seluruh pelosok tempat sejurus berita kematiannya tersebar. Sehingga kini ucapan takziah masih mencurah-curah diterima oleh keluarga arwah.

Penulisan terkenal arwah yang menambahkan lagi kekayaan khazanah dan gedung-gedung ilmu, antaranya:

*The Problems of Da'wah and Du'ah,

*How to Call for Islam?

*Towards a Unified International Call for Islam

*What Does My Commitment to Islam Mean?

*Movements and Doctrines in the Balance of Islam

*Comprehension in the Life of Da'wah and Du'ah

*Towards an Islamic Awakening of the Era

*Methods of Islamic Adaptation in the 20th Century

*Islam -Ideology, Movement and Rebellion

*Youth and Change

*Those Left behind on the Path of Da'wah

*The Preliminaries of the Activist Concept in Islamic Work

*Critical Issues in the Islamic Experience.

Mujur kepada umat Islam hari ini kita masih boleh menghayati dan mengambil manfaat hasil-hasil karya besar Dr. Fathy ini walaupun selepas pemergian Allahyarham.

Antara yang sempat diambil dengan kenyataan beliau semasa menjawab soalan para pengunjung laman web terkenal, Islam Online:

"Walau bagaimanapun, kesan dari tragedi serangan 9 September 2001, Islam menjadi tumpuan dan minat kalangan masyarakat Barat untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat lagi.

"Statistik terkini menunjukkan minat terhadap Islam telah berkembang berlipat kali ganda dengan berjuta-juta naskhah al-Quran terpaksa dicetak dan begitu juga buku-buku mengenai Islam terjual dengan begitu laris di pasaran.

"Apa yang lebih menakjubkan dari peristiwa yang mengejutkan itu dan dari kempen-kempen anti Islam, lebih 10,000 penduduk United Kingdom memeluk Islam dan begitu juga 3,000 orang dari penduduk Mexico memeluk Islam dan beratus-ratus lagi dari kalangan Hindu dan Buddha juga meninggalkan agama mereka untuk memeluk Islam. Semua ini berlaku selepas kejadian 9/11, Subhanallah," kata Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.

(Petikan Dari HARAKAH)

Dr Syed Azman Syed Ahmad | syedazmans@yahoo.co.uk
Fri | Jun 19, 09 | 2:43:23 pm MYT

Saya menerima berita sedih mengenai pemergian Ustaz Dr. Fathi Yakan menerusi kiriman SMS dari sahabat ikhwan di Beirut pada pagi Ahad lepas.
Iklan




Beliau yang lahir pada tahun 1933 wafat pada usia 76 tahun setelah lama mengalami keuzuran. Beliau adalah ulama terkenal serata dunia dan juga merupakan antara penggerak awal gerakan Islam Ikhwan Muslimin di dunia Arab.

Beliau juga adalah merupakan satu-satunya pimpinan Ikhwan Muslimin yang amat rapat dengan pimpinan PAS. Dari Al-marhum Dato' Fadzil Nor kepada Dato' Sri Haji Abdul Hadi Awang kesemuanya banyak merujuk dan menerima tunjuk ajar dari 'Sheikhul Tarbiyah' yang agung ini.

Malah bagi setiap pimpinan PAS yang berkunjung ke Syria atau Lubnan tidak pernah melepaskan peluang untuk menziarahi beliau. Dari situlah kami diberi nasihat dan tunjuk ajar melalui pengalaman serta ilmu tarbiyah dan politik yang mendalam yang ada pada beliau.

Sifat rendah diri, sentiasa menghormati tetamu serta tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman menjadikan hubungan kami amat rapat dengan beliau.

Sheikh Fathi juga telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia dan menjadi tetamu khas PAS. Malah sepatutnya beliau sekali lagi menjadi tetamu PAS di Muktamar yang diadakan di Ipoh, Perak pada tahun lepas.

Walaupun semua persiapan telah di buat termasuk tempahan tikat kapalterbang, namun di saat akhir saya sendiri menerima panggilan telefon dari beliau yang menyatakan keuzuran untuk bersama di Muktamar PAS.

Ya, bila disebut sahaja nama Ustaz Fathi Yakan kepada masyarakat Malaysia maka akan teringat kita kepada puluhan buku-buku yang dikarang beliau dan yang paling terkenal adalah buku 'Apa Ertnya Saya Menganut Islam', 'Islam dan Cabaran Kini' serta 'Tuntutan Dakwah dan Pendakwah'.

Ulama terkenal ini amat disegani dan dihormati di seluruh pelusuk dunia kerana penulisan serta pemikiran beliau yang tajam dan bersifat semasa.

Beliau telah mengarang berpuluh-puluh buah kitab mengenai dakwah dan gerakan Islam dan ianya tersebar luas di serata dunia dan di terjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, bahasa Cina serta bahasa Tamil. Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah

ImageMasih lagi segar di ingatan kenangan manis sewaktu saya bersama Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkunjung ke pejabat beliau di kota Tripoli di Selatan Lubnan setahun yang lalu.

Pejabat yang terletak di pinggir bandar Tripoli itu juga merupakan sebahagian daripada kampus Universiti Jinnan yang telah dibangunkan oleh beliau bersama isterinya sejak lebih daripada 15 tahun.

Kini universiti Jinnan berdiri tersergam indah dan telah berjaya menghasilkan ribuan graduan dari serata pelusuk dunia. Ustaz Fathi Yakan sewaktu kami berkunjung ke pejabat beliau dikelilingi oleh ratusan kitab-kitab dan buku-buku yang ditulis serta dirujuk oleh beliau setiap waktu.

Dalam pertemuan bersama Ustaz Fathi Yakan, beliau telah mengingatkan tentang tuntutan perjuangan serta cabaran yang sedang dihadapi oleh umat Islam serta dunia Islam.

Bagi Ustaz Fathi musuh-musuh Islam kini sedang meletakkan Islam �dikandang orang salah� dan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam dan kebangkitannya dengan apa cara sekalipun. Bagi beliau perkembangan yang sedang berlaku kini merupakan satu cabaran yang besar yang perlu ditanggapi oleh seluruh umat Islam dengan penuh kesabaran dan berhemah.

Ustaz Fathi juga mengingatkan umat islam bahawa musuh-musuh Islam tidak akan sedikitpun berdiam dengan perkembangan kesdedaran dan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam.

Cabaran dan kebangkitan Islam di Palestin, Iraq. Afghanistan dan seluruh dunia Islam merupakan cabaran yang besar yang perlu dihadapi dengan penuh berhati-hati.

Sementara itu semasa berbincang soal politik dalaman Lubnan Ustaz Fathi Yakan menceritakan tentang percubaan Kuasa Besar Amerika Syarikat serta sekutu terdekatnya Zionis Israel yang berusaha untuk mengujudkan ketegangan dan perpecahan berlandaskan mazhab terutama di antara kelompok penduduk Sunni dan Syiah.

Namun demikian beliau menegaskan bahawa percubaan ini berjaya digagalkan kerana gerakan Islam di Lubnan telah bersatu menentang konspirasi jahat ini tanpa mengira mazhab.

Beliau dengan tegas menyatakan sokongan terbuka kepada gerakan pembebasan Hizbullah yang berjuang menentang penjajahan serta kekejaman zionis Israel. Apa jua percubaan untuk memecahbelahkan umat Islam serta rakyat Lubnan akan terus disanggah oleh umat Islam Lubnan sendiri.

Bagi Ustaz Fathi, situasi di Lubnan sekarang ini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Pergolakan politik yang berterusan terutamanya di antaranya gerakan Hizbullah dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fuad Sinora tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Beliau mengingatkan akan bahaya campurtangan kuasa-kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat, Perancis serta sekutunya dalam politik dalaman Lubnan.

Apabila ditanya kenapakah beliau secara terbuka memberi sokongan kepada Hizbullah, Ustaz Fathi Yakan dengan tegas menyatakan bahawa, "kita bukan berhadapan dengan soal-soal yang remeh-temeh yang boleh memecahbelahkan umat islam sendiri tetapi kita berhadapan dengan musuh yang lebih besar iaitu Amerika Syarikat dan Zionis Israel yang sentiasa melakukan kezaliman terhadap umat islam di serata dunia."

Bagi beliau Hizbullah adalah sebahagian dari perjuangan Umat Islam menentang musuh yang besar ini. Beliau juga menegaskan bahawa penyelesaian kepada konflik politik Lubnan adalah dengan tidak membenarkan penglibatan mana-mana kuasa asing luar untuk turut campurtangan dalam menentukan masa depan politik Lubnan.

Perbincangan kami juga berkisar tentang persoalan konflik dunia Islam di bumi Palestin. Ustaz Fathi menyatakan bahawa gerakan Hamas yang menang dan berkuasa secara demokrasi sehingga kini tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya oleh dunia Barat.

Malah mereka terus ditekan dengan pelbagai bentuk sekatan politik dan ekonomi yang tidak berperikemanusiaan terutamanya terhadap penduduk Palestin yang menderita kekurangan makanan harian dan bahan perubatan.

Begitu juga usaha yang dilakukan bagi menyatukan kepimpinan politik Palestin tanpa mengira parti dan kelompok dengan membentuk sebuah �kerajaan kesatuan� masih tidak di diiktiraf oleh Kuasa Besar Barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya.

Gerakan Hamas terus dilabelkan sebagai sebuah pertubuhan terroris serta pengganas walaupun mereka terlibat dan mendapat sokongan daripada rakyat melalui sistem demokrasi yang disanjung oleh kuasa barat sendiri.

Begitu juga dengan situasi terkini di Iraq. Ustaz Fathi melahirkan kesedihan beliau terhadap apa yang sedang berlaku di mana setiap hari ratusan rakyat yang terbunuh secara kejam akibat daripada penjajahan tentera Amerika dan sekutunya.

Yang lebih membimbangkan beliau lagi adalah usaha memecahbelahkan penduduk Iraq berlandaskan mazhab. Ini adalah diadu-dombakan dengan perancangan rapi yang dilakukan oleh penjajah Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel yang menghantar ratusan agen-agen Mossad untuk beroperasi di Irak.

Ustaz Fathi Yakan dengan tegas membantah serta mengutuk keras sebarang bentuk pertembungan dan pembunuhan berlandaskan fahaman mazhab yang sempit. Bagi beliau apa yang penting bagi rakyat Iraq adalah untuk berjuang bagi menghalau tentera-tentera penjajah dari bumi mereka sendiri.

Begitu juga usaha penguasaan tentera penjajah untuk membolot kekayaan hasil minyak Iraq perlu disekat dengan apa cara sekalipun. Bagi Ustaz Fathi Yakan, penyelesaian di Iraq adalah dengan mendesak tentera penjajah segera berundur dari bumi Iraq secara terhormat dan pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin masyarakat Iraq perlu kembali bersatu di atas landasan Islam yang sebenarnya.

Ustaz Fathi Yakan juga menyentuh tentang konflik yang sedang berlaku di Afghanistan dan juga di Chechenya. Sehingga kini ribuan umat Islam menjadi mangsa kepada kekejaman kuasa-kuasa besar yang angkuh.

Ini semua berlaku dalam suasana dunia Barat bercakap soal demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan tetapi di waktu yang sama mereka sendirilah yang sedang membunuh demokrasi di negara-negara Islam dengan melakukan pelbagai bentuk ketidakadilan dan bersikap �double standard� apabila berhadapan dengan dunia islam.

Ustaz Fathi mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada dengan perancangan musuh-musuh Islam ini. Mereka kini dengan begitu mudah diatas nama �menghapus pengganas� dan �mengwujudkan keamanan� mereka seolah-olah di beri lesen menangkap dan membunuh mana-mana individu di serata dunia.

Di akhir pertemuan, Ustaz Fathi Yakan juga mengingatkan kami akan tiga cabaran besar yang dihadapi oleh gerakan Islam di serata dunia.

Pertamanya adalah cabaran dalam bentuk global di mana dunia Islam kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan Islam dikandang orang salah.

Keduanya gerakan Islam di serata dunia akan terus ditekan tanpa mengira balas kasihan walaupun mereka menyerlahkan sikap yang sederhana serta terlibat secara terbuka dalam kancah politik dan demokrasi.

Ketiganya pertembungan yang sedang berlaku kini di antara gerakan Islam dan kuasa-kuasa barat bukan hanya pertembungan pemikiran tapi ianya lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar.

Dr. Fathi Yakan juga mengingatkan agar setiap aktivis Islam sentiasa bersabar menghadapi ujian yang besar ini. Persiapan yang mendalam perlu dilakukan oleh semua aktivis Islam bagi menghadapi situasi baru ini.

Bagi beliau hanya dengan keimanan yang mendalam, persiapan ilmu yang cukup serta pengorbanan yang besar sahaja yang akan menjamin kemenangan serta masa depan gerakan Islam.

Ya, kenangan bersama Ustaz Fathi Yakan masih segar diingatan kami. Saya dapat mendengar nasihat-nasihat bernas dari seorang tokoh yang disegani di serata dunia.

Walaupun pada waktu itu beliau terlalu uzur tetapi masih terus bersemangat untuk berjuang menegakkan kebenaran Islam terutamanya melalui tulisan penanya yang tajam serta bernas.

Inilah peribadi seorang muraabi serta sheikh tarbiyah yang dirujuk oleh seluruh dunia Islam sehingga kini. Sifat rendah diri dan tawaduknya amat jelas sehingga terkesan kepada kami sehingga kini.

Semoga sheikh yang kami sayangi ini ditempatkan bersama para syuhadah. Selamat tinggal ya Sheikh. Al-Fatihah! - mks.

(Penulis adalah AJK PAS Pusat) _




Jom cuba resepi aku ni,tak susah sangat pun tapi tetap power,yang penting resepi ni pasti menghairahkan nafsu makan korang!!!

Resepi ni aku tujukan khas kepada remaja-remaja,pemuda-pemuda yang duk umah sorang-sorang sebab mak ng ayah gi kondangan(kenduri) atau keluarga semua gi melancung tapi korang ditinggalkan sorang-sorang kat umah dan dipaksa menjawat jawatan jaga umah.

Kalu keluarga korang gi melancung,tak kan duk umah asyik nak bedal megi je,ape barang megi ma…tak standart ma,.Makan kedai?,sekarang ni zaman meleset tak yah makan kat kedai,lagi pun kat umah kan ke ada semua bahan tuk dimasak,jimat la sikit,simpan duit korang tu wat beli moto kapcai lagi bagus.Lagi pun makan kat umah mutu makanan terjaga,kebersihan terjamin dan lebih sihat,kalu dah tubuh badan sihat,kuat sikit nak wat ibadat,sembahyang pun leh awal waktu,korang kalu tak sembahyang tu mesti makan makanan tak sihat tu….ye la sembahyang 5 minit pun tak mampu nak wat,ye la selimut tak sampai 5 kilo pun tak leh nak angkat waktu subuh,makin kuat tuk bilal menjerit,makin berat pulak selimut tu kan?.

Macam mana korang baca ni?lebih kurang macam mak korang beleter tak?,kira ok la ek.

Ok sekarang kita pegi kepada resepi kita ni.Baca senarai kat bawah ni:

1. masak nasi dulu/masak nasi pun tak tahu?senang jer,secawan beras masak dengan 2 cawan air,basuh dulu beras tu,jangan lupa selawat,niat la ape2 yang patut,nak bini cun ker aper ker.
2. rebus ikan atau ayam atau daging/rebus pun tak kan tak tahu,tapi kalu telur tak sesuai ng resepi hebat kita ni,kurang ngam,tak secocok gitu.
3. ok sediakan barang2 seperti berikut:
-bawang merah(bawang kecil) 5 ulas
-asam jawa sedikit(sesedap rasa korang la)
-garam secukup rasa
-belacan dua tiga cubit(tapi kalu korang org jawa,mesti nak 1 ketul besar baru masyuk kan?)
-cili padi secukup rasa.

kepada remaja-remaja atau pemuda-pemuda yang tak kenal ng semua benda di atas,gambar berikut pasti membantu:



Setelah semua barang tu berjaya di cari kat dapur,tiba la masanya kita mula kan langkah-langkah seperti berikut.

-siang atau hiris bawang merah tadi nipis-nipis,lagi nipis lagi syok!.kalu korang suka makan bawang macam aku,tambah dua tiga ulas lagi,tak pe mak korang gerenti tak marah.

-setelah dihiris basuh bawang tu,kemudian masuk kan bawang tadi dalam mangkuk bersama semua bahan yang tersebut tadi.

-masuk air sekadar yang patut,kemudian korang ambik sudu lenyek je semua bahan tadi,terutama si cili padi tadi,kalau tak terlenyek kurang pedas nye.

-setelah korang puas melenyek,korang boleh berhenti bila air tadi dah bertukar warna kepada kehitaman.

-ok sekarang cuba rasa,cukup pedas?ada rasa masam asam jawa?,garam cukum tak?

-kalu jawapan korang semua OK,resepi ni siap tuk dihidangkan.

Ok dah siap,nasi yang korang masak tadi pun dah masak,ikan atau daging atau ayam pun empuk...bismillah baca doa makan.Makan aje la.

Dicadangkan,makan semasa nasi yang masih panas,cicah ikan atau ayam atau daging yang direbus tadi,pasti korang akan ingat sampai mati nikmat rasanya.Kalu ada ulam pucuk ubi ker lagi bagus dicecah ng resepi ni.

Selamat Mencuba.”kadang-kadang masakan yang ringkas,yang mudah,yang tak cerewet,lebih melekat diingat rasanya.”




Apa perasaan anda hari ni?,anda kecewa?anda bahagia? atau anda keliru?

Biar la apa pun perasaan anda hari ni,tapi jangan anda keliru mencari jawapan dalam samar yang pasti memerangkap anda sendiri.

Biar la apa pun perasaan anda hari ni,tapi jangan sesekali mencari jawapan yang tambah mengusutkan diri anda.Lebih teruk dan hina lagi,jika jawapan yang anda cari memalitkan kesyirikkan dan mencarikkan akidah anda.

”apa la nasib aku ni,asyik dikentong ng pakwe jer?mcm mana ng cinta aku ni?baru suam-suam kuku dan terputus tengah jalan”

”kenapa aku bisnes apa pun tak menjadi?hutang makin bertambah.

”macam mana aku nak ambil hati si dia?,ape yang dia suka?”

Tuntutan untuk mencari jawapan kepada semua soalan itu seharusnya ilmiah,rasional dan benar sifatnya.

-Seperti menilai semula peribadi diri yang menyebabkan orang selalu terkilan atau tak selesa dengan sikap kita,yang akhirnya kawan boleh lari,pak we pun menyampah.”barangkali kita cantik,tapi wangian semulajadi kita dahsyat,mengalahkan wangian kambing gurun,sapa boleh tahan?,boleh jadi kita jelita manja tapi mulut kita macam berteh goreng,koma tak ada! noktah tak ada!,telinga mana mampu bertahan?”.bertuah kalau begitu,sebab kita merintis jalan yang betul,untuk membetulkan ape yang salah.

-Seperti juga mengkaji dan mencari masaalah sebenar yang menyebabkan bisnes hancur,”mungkin kita tidak bijak mengatur kerja,tidak cermat mengurus kos dan akhirnya untung tak dapat modal pun lesap”.benarlah kalau begitu jalan yang dirintis.

-Seperti juga menilai Si Dia dari perwatakannya,dengan siapa Si Dia berkawan?,ape warna pakaian yang selalu dipakai?,apa hobi Si Dia? dan lebih cantik lagi cuba-cuba merisik dari kenalan rapatnya tentang apa kegemaran dan kesukaannya tentu kita ada jalan dan idea untuk memikat Si Dia.Jangan sombong!,tak hilang kejelitaan atau kemachoan anda sekiranya anda bertanya pada kawan-kawan lebih berpengalaman dalam hal ini.Hati-hati dan cermat jangan sampai langgar syariat,nanti hilang berkat.

Tapi ada dikalangan kita yang keliru mencari jawapan dengan cara yang dia sendiri tidak pasti,akhirnya bertambah kusut,bertambah berliku,bertambah buntu.Si Dia tak dapat!,orang bertambah meluat!,bisnes tak kemana bil tertunggak berjela-jela.

Si Keliru menilai bintang kelahiran,”bila tarikh lahir aku?oh bintang taurus,oh bintang cancer,oh bintang gemini rupa nya aku ni,patut la cinta tak menjadi,patut la cinta tak bertahan,aku berbintang taurus tak sesuai dengan Si Dia berbintang Cancer,tidak serasi rupanya”,dia pun mencari pasangan yang sesuai dengan bintangnya,tapi masih mempertahankan mulut tanpa filter dan wangian menusuk rongganya itu,apa jadi?,dapat taik bintang la jawabnya.

“oh berbintang aries aku,oh berbintang leo aku,aku sepatutnya lebih berhati-hati bila berurusan perniagaan dengan sesiapa pun dari tarikh 12 feb hingga 12 mac,banyak rintangan dan muslihat,patut la bisnes aku merosot.patut la.dia pun berhati-hati mengikut bintang dia itu,tapi masih dengan sikap terbabas kira kos dan untung”untung ciput,bisnes baru menghulur pucuk muda,tangan dah gatal nak pakai WAJA,apa jadi? bisnes telengkup WAJA terlepas mulut tenganga!.

Anda patut teliti perenggan yang seterusnya ini:

Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya berkata:”bahawa Imam Qatadah berkata:Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan,perhiasan langit,perejam syaitan dan pedoman arah tuju.Barang siapa yang menafsirkan selain dari tiga tujuan itu,maka ia telah melakukan kesalahan dan mensia-siakan usahanya serta membebankan dirinya dengan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.

Rasullah s.a.w. melarang ilmu perbintangan,dengan sabdanya:



(riwayat ahmad,abu daud dan ibn majah)

”barang siapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir dan bertambah selama ia bertambah”

Jauhi karut marut ini,jangan pandang,jangan baca,jangan hirau jika tidak boleh mengawal hati ”patut la macam tu patut la macam ni”,kata-kata seperti itu dan lintasan hati sebegitu di takuti membawa kepada syirik.

Syirik bererti menyekutukan Allah dengan sesuatu,Memberi taraf sesuatu boleh memberi kesan,musibah atau kesejahteraan seperti Kekuasaan Allah.

Hukum nya ialah,HARAM dan BERDOSA BESAR.

Hati-hati mencari jawapan,cermat merungkai kebuntuan.




Aku tak suka sunyi-sunyi,keadaan yaang macam tu macam pelincir otak aku untuk mengimbau semua dan macam-macam nostalgia lama-lama.Bukan tak suka ingat perkara yang lepas-lepas,tapi ia la,sunyi-sunyi tu betul-betul melincirkan otak aku sampai kadang-kadang aku terbabas dalam kenangan-kenangan yang tak sepatut nya di ingat.Kenangan yang diingat bukan nya leh bagi pengajaran tapi lebih menyakitkan hati,kenangan itu la maksud aku!.

Aku tak leh berenggang ngan hp ari ni,budak-budak pengakap aku berkhemah sambil khusus kat banting,maklum la budak-budak.. terpeleset,terjatuh,cirit-birit,demam ke mesti nak kena ambik tahu,jadi hp tak leh jauh ng aku,mana tau ada kecemasan apa-apa aku leh terus berkejar kesana dan bantu apa yang patut.

“Lori sampai pukul berapa?” pantas syam kawan aku menjawab “pukul 11 lebih kurang,ko tunggu kat stadium jer”.Sekarang baru pukul 9 pagi.Lama lagi aku sunyi-sunyi.

Kat rumah tak ade sape melainkan permaisuri aku ng puteri aku tu.Sang Permaisuri sibuk aje ngusap perut yang makin melonjong ke depan,sempat juga kemas-kemas rumah dan basuh itu ini.Menunggu hari,tah sape yang akan keluar…leh jadi Putera Ahmad Jibrail Afif atau leh jadi jugak Puteri AfifahII,keluar la sape-sape pun,keluar la yang mana satu pun,putera pun ok puteri pun boleh!..Walaupun gitu-gitu jer bunyinya,jauh dalam hati aku ni,aku harap biar la waris aku kali ni “anak lanang”,”orang kebun”, atau “anak jantan!” kata orang kampung aku. Keluar la nanti,mudah-mudahan jadi hamba tuhan yang sedar dan terima dia hanya dikeluarkan dari perut ibu dan ditakdirkan penciptaan nya hanya satu tujuan,untuk menjadi “Hamba abdi kepadaNya,Sepenuh Masa” ini la harapan yang bulat,seratus peratus tanpa kompromi bukannya gitu-gitu jer bunyinya,bukan sama peratusnya seperti “keluar la sape-sape pun!”.

“Ayah jom main hitam putih!”,Sang Puteri depan mata aku merengek cewek.Hitam putih?...susah nak dibetulkan,”bukan hitam putih la,catur!chess!”…”kan ke bendanya ada warna hitam,ada warna putih,ayah main yang hitam kite main yang putih…hitam putih la,ape la ayah ni”macam bertih yang digoreng terlebih panas jer keluar ayat tu.Semaklum aku dia tak penah jumpa pun Karpal Singh,masuk kelas undang-undang?...puteri aku ni baru masuk 5 tahun!.

“Nani dah pukul berapa?”dengan suara yang hampir tak didengar,Permaisuri aku menjawab”dah pukul 10.30”.Aku perlu ke Stadium Jugra sekarang,angkat@kemas peralatan sukan untuk MSSD……….tak la sunyi-sunyi.




INI LA KITA...

Kita tak sabar menanti sms @ call dari org yang kita sayangi...
Kita tak sabar reply sms @ call...hp sentiasa kat tangan macam sibuk sangat,penting sangat sms@call yang di nanti...

Kita sambut dengan wajah ceria bila terima sms@call...jari jemari pantas menari menekan butang hp dengan tujuan seruan yang di nanti harus pantas dijawab...dan kemudian kita menanti lagi...

Kalu boleh tak nak berenggang dengan hp walau ke tandas...takut nanti ada sms@call yang lambat dijawab...takut org disanyangi makan hati,terasa hati.

"maaf ye,kita ke tandas tadi...lambat reply msg u,maaf ye"...penakut betul kita kan?

INI LA KITA...

Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan),

Berapa ramai yang segera memenuhi seruan ilahi itu?

Berapa ramai yang ternanti-nanti untuk memenuhi seruan itu?

Berapa banyak alasan yang kita adakan untuk melewat2kan seruan tuhan?
masa masih panjang?
sekejap lagi la?
cerita tengah sedap ni!
tuhan maha penyayang?

Berapa besar rasa bersalah kita bila kita terlewat menyambut seruan itu?,kalau kita langsung tak rasa bersalah...bukan sebab sikap kita itu betul!!,tapi sebab kita sudah tidak sayang kan tuhan!...kita sudah tidak lagi mengharapkan kasih sayang tuhan?...

"ya allah,jangan lepaskan aku dari pandangan walaupun hanya sekelip mata,ya allah jangan biarkan aku tanpa bimbingan mu"

INI LA KITA...

"hamba abdi sepenuh masa"


Ibu

> > > Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
> > > 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
> > > 2) Tolong jaga adik : RM4.00
> > > 3) Tolong buang sampah : RM1.00
> > > 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
> > > 5) Tolong siram bunga : RM3.00
> > > 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
> > > Jumlah : RM17.00
> > >
> > > Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
> > > 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
> > > 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
> > > 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
> > > 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
> > > 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
> > > Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

*pikir-pikir la....*




anak-anak belajar dari kehidupan keluarga

jika ia hidup dlm keluarga yg suka MENGECAM...
ia akan belajar MENGUTUK dan MENGUGUT

jika ia hidup dlm keluarga yg suka BERMUSUHAN
ia akan belajar BERKELAHI

jika ia hidup dlm keluarga yg suka MENGEJEK...
ia belajar MALU,PENDIAM dan PASIF.

jika ia hidup dlm keluarga yg suka BERDENGKI dan MENCEMBURUI...
ia akan belajar merasa SALAH dan BERSALAH

jika ia hidup dlm keluarga yg PECAH BELAH
ia akan belajar MENYALAHKAN ORANG LAIN dan TIDAK PERCAYA ERTI KASIH SAYANG.

jika ia hidup dlm keluarga yg BERTOLAK ANSUR...
ia belajar BERSABAR.

jika ia hidup dlm keluarga yg MEMBERI SANJUNGAN...
ia belajar MENILAI

jika ia hidup dlm keluarga yg MEMBERIKAN PERSETUJUAN...
ia belajar SUKAKAN DIRI SENDIRI

jika ia hidup dlm keluarga yg MEMBERI dan MENERIMA...
ia belajar mecari KASIH SAYANG DUNIA.

"bukan senang nak didik anak....mcm senang anak salahkan mak bapak"


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

(PETIKAN DARI EMAIL YG SEBARKAN)