Apa perasaan anda hari ni?,anda kecewa?anda bahagia? atau anda keliru?

Biar la apa pun perasaan anda hari ni,tapi jangan anda keliru mencari jawapan dalam samar yang pasti memerangkap anda sendiri.

Biar la apa pun perasaan anda hari ni,tapi jangan sesekali mencari jawapan yang tambah mengusutkan diri anda.Lebih teruk dan hina lagi,jika jawapan yang anda cari memalitkan kesyirikkan dan mencarikkan akidah anda.

”apa la nasib aku ni,asyik dikentong ng pakwe jer?mcm mana ng cinta aku ni?baru suam-suam kuku dan terputus tengah jalan”

”kenapa aku bisnes apa pun tak menjadi?hutang makin bertambah.

”macam mana aku nak ambil hati si dia?,ape yang dia suka?”

Tuntutan untuk mencari jawapan kepada semua soalan itu seharusnya ilmiah,rasional dan benar sifatnya.

-Seperti menilai semula peribadi diri yang menyebabkan orang selalu terkilan atau tak selesa dengan sikap kita,yang akhirnya kawan boleh lari,pak we pun menyampah.”barangkali kita cantik,tapi wangian semulajadi kita dahsyat,mengalahkan wangian kambing gurun,sapa boleh tahan?,boleh jadi kita jelita manja tapi mulut kita macam berteh goreng,koma tak ada! noktah tak ada!,telinga mana mampu bertahan?”.bertuah kalau begitu,sebab kita merintis jalan yang betul,untuk membetulkan ape yang salah.

-Seperti juga mengkaji dan mencari masaalah sebenar yang menyebabkan bisnes hancur,”mungkin kita tidak bijak mengatur kerja,tidak cermat mengurus kos dan akhirnya untung tak dapat modal pun lesap”.benarlah kalau begitu jalan yang dirintis.

-Seperti juga menilai Si Dia dari perwatakannya,dengan siapa Si Dia berkawan?,ape warna pakaian yang selalu dipakai?,apa hobi Si Dia? dan lebih cantik lagi cuba-cuba merisik dari kenalan rapatnya tentang apa kegemaran dan kesukaannya tentu kita ada jalan dan idea untuk memikat Si Dia.Jangan sombong!,tak hilang kejelitaan atau kemachoan anda sekiranya anda bertanya pada kawan-kawan lebih berpengalaman dalam hal ini.Hati-hati dan cermat jangan sampai langgar syariat,nanti hilang berkat.

Tapi ada dikalangan kita yang keliru mencari jawapan dengan cara yang dia sendiri tidak pasti,akhirnya bertambah kusut,bertambah berliku,bertambah buntu.Si Dia tak dapat!,orang bertambah meluat!,bisnes tak kemana bil tertunggak berjela-jela.

Si Keliru menilai bintang kelahiran,”bila tarikh lahir aku?oh bintang taurus,oh bintang cancer,oh bintang gemini rupa nya aku ni,patut la cinta tak menjadi,patut la cinta tak bertahan,aku berbintang taurus tak sesuai dengan Si Dia berbintang Cancer,tidak serasi rupanya”,dia pun mencari pasangan yang sesuai dengan bintangnya,tapi masih mempertahankan mulut tanpa filter dan wangian menusuk rongganya itu,apa jadi?,dapat taik bintang la jawabnya.

“oh berbintang aries aku,oh berbintang leo aku,aku sepatutnya lebih berhati-hati bila berurusan perniagaan dengan sesiapa pun dari tarikh 12 feb hingga 12 mac,banyak rintangan dan muslihat,patut la bisnes aku merosot.patut la.dia pun berhati-hati mengikut bintang dia itu,tapi masih dengan sikap terbabas kira kos dan untung”untung ciput,bisnes baru menghulur pucuk muda,tangan dah gatal nak pakai WAJA,apa jadi? bisnes telengkup WAJA terlepas mulut tenganga!.

Anda patut teliti perenggan yang seterusnya ini:

Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya berkata:”bahawa Imam Qatadah berkata:Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan,perhiasan langit,perejam syaitan dan pedoman arah tuju.Barang siapa yang menafsirkan selain dari tiga tujuan itu,maka ia telah melakukan kesalahan dan mensia-siakan usahanya serta membebankan dirinya dengan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.

Rasullah s.a.w. melarang ilmu perbintangan,dengan sabdanya:



(riwayat ahmad,abu daud dan ibn majah)

”barang siapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir dan bertambah selama ia bertambah”

Jauhi karut marut ini,jangan pandang,jangan baca,jangan hirau jika tidak boleh mengawal hati ”patut la macam tu patut la macam ni”,kata-kata seperti itu dan lintasan hati sebegitu di takuti membawa kepada syirik.

Syirik bererti menyekutukan Allah dengan sesuatu,Memberi taraf sesuatu boleh memberi kesan,musibah atau kesejahteraan seperti Kekuasaan Allah.

Hukum nya ialah,HARAM dan BERDOSA BESAR.

Hati-hati mencari jawapan,cermat merungkai kebuntuan.


This entry was posted on 8:51 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

    acik_syahadah berkata...

    dah lumrah manusia sekarang... lekas tergoda... perkara yang remeh yang dipandang entah xendah... tambah pula iblis xberhenti2 menyesatkan... dan kita manusia akhir zaman ini mmg akan terus alpa... oleh itu, sama2 lah kita memantapkan iman kita selagi termampu, selagi nyawa dikandung badan...

  1. ... on 13 Mac 2009 pada 12:26 PG